Basic Info

PENGENALAN

Peserta perlu membina sebuah robot mekanikal yang menyerupai bentuk manusia dan boleh berenang secara gaya bebas (freestyle) dan gaya kuak kupu-kupu (butterfly stroke). Pemenang pertandingan ini adalah berdasarkan robot manakah yang berjaya melepasi garisan penamat di trek air rasmi pertandingan.

 

ANJURAN:

Myrobotz Malaysia

 

KELULUSAN:

No. Rujukan: JPNJ.600-3/2/17Jld.11(100)

 

OBJEKTIF:

·         Menyediakan platform kepada murid-murid untuk menyertai mana-mana aktiviti kokurikulum khasnya aktiviti STEM yang bersesuaian selaras dengan Dasar Utama (2) Penyertaan Murid Dalam Kegiatan Kokurikulum.

·         Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid khususnya dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

·         Mewujudkan satu konsep “Open Hardware Platform” di mana murid-murid boleh mengembangkan kreativiti dengan penggunaan bahan-bahan dan peralatan secara terbuka tanpa terikat kepada sesuatu jenama.

·         Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di kalangan murid-murid.

·         Meningkatkan pencapaian akademik menerusi gabungan pembelajaran di dalam bilik darjah bersama dengan aktiviti-aktiviti secara hands-on.

 

KATEGORI PERTANDINGAN:

Kategori

Umur

Sekolah Rendah

7 – 12 tahun

Sekolah Menengah

13 – 17 tahun

 

TARIKH-TARIKH PENTING:

Proses

Tarikh

Pendaftaran Pasukan

31 Mei 2024

Tempahan Peralatan Rasmi Pertandingan

31 Mei 2024

Penghantaran Kurier

Mei & Jun

Taklimat Pertandingan

8 Jun 2024

Pertandingan Rasmi:

-          Sek. Ren.

-          Sek. Men.

 

26 Jun 2024

27 Jun 2024

 

YURAN PENDAFTARAN

Kategori

Yuran

Sekolah Rendah

Percuma

Sekolah Menengah

Percuma

 

TEMPAHAN KIT ASAS RASMI

Sila hubungi pihak urusetia pertandingan untuk maklumat lanjut mengenai cara & kos tempahan kit asas rasmi pertandingan.

 

SASARAN PENYERTAAN

Kategori

Minima

Maksima

Sekolah Rendah

32 pasukan

64 pasukan

Sekolah Menengah

32 pasukan

64 pasukan

**Pertandingan mungkin akan ditunda atau dibatalkan sekiranya jumlah penyertaan tidak mencapai kuota minima (tertakluk kepada budibicara pihak penganjur).

 

HADIAH PEMENANG

Peringkat Negeri:

 

Tempat

Cash

Sek. Ren.

Sek. Men.

Johan

RM 200

Pingat +
Sijil Pencapaian

Pingat +
Sijil Pencapaian

Naib Johan

RM 150

Ketiga

RM 100

Keempat

RM 70

Kelima

RM 50

*Semua hadiah wang tunai akan diproses dalam masa 90 hari selepas tarikh pertandingan.

*Semua sijil akan diproses selepas mendapat surat pengiktirafan PAJSK secara rasmi daripada pihak JPN/KPM.

 

No comments:

Post a Comment